Maybank menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada pelanggan yang terkesan di seluruh negara
Dikemas kini pada 25 Januari 2022:
Pelanggan B50 yang mempunyai pinjaman/pembiayaan di bawah program Bantuan Sokongan Banjir juga boleh memohon bantuan bayaran balik melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dalam tempoh permohonan berikut:
- Selepas tamat tempoh program Bantuan Sokongan Banjir, ATAU
- Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2022
mana-mana yang mendahului.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang cara memohon URUS.
Pengumuman disiarkan pada 19 Disember 2021:
Harap maklum bahawa Maybank menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas berikutan kejadian banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan kami yang terjejas akibat banjir tersebut.
Bantuan Sokongan Banjir direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Selain itu, kami menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. Kami juga akan memberikan pengecualian caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas.
Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui dua saluran mudah, seperti berikut:
I. E-mel ke floodrelief@maybank.com dengan menyediakan nama atau nama syarikat, nombor kad pengenalan/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, alamat lokasi yang terjejas, jenis pinjaman/produk (contohnya: Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh) serta Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli).
II. Lawati atau hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang berkaitan) di seluruh negara.
Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.
Sementara itu, cabang insurans kami, Etiqa juga telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa borang atau dokumen sokongan. Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:
I. Hantar mesej teks, gambar atau video banjir ke nombor Whatsapp 24 jam khusus kami:
Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis | 011-1630 6646 |
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak | 018-226 3288 |
atau
II. Hubungi Talian Penjagaan Tuntutan Banjir kami
Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis | 03-2692 8188 |
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak | 03-4270 7735 / 03-4270 5068 |
Tuntutan yang dibuat di lokasi/cawangan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sokongan Banjir, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau mgcc@maybank.com.my
Terima kasih dan jaga keselamatan semua.