Pengecualian caj RM1 berakhir bagi perkhidmatan Tabung Haji melalui ATM dan CDM
Pelanggan yang Dihormati,
Sila ambil maklum bahawa pengecualian caj RM1 bagi perkhidmatan Tabung Haji melalui Maybank ATM dan CDM telah berakhir pada 31 Disember 2020. Bermula 1 Januari 2021, transaksi yang melibatkan Tabung Haji akan dicaj RM1.
Bagi mengurangkan risiko anda di luar rumah, kami menggalakkan anda untuk lakukan transaksi Tabung Haji melalui perbankan internet Maybank2u. Berikut adalah perkhidmatan Tabung Haji yang tersedia atas talian:
- Pindahan simpanan ke akaun sendiri atau pihak ketiga
- Pertanyaan baki akaun Tabung Haji
- Pendaftaran Haji
Terima kasih.