Back

Semak dividen ASB & ASN anda melalui Maybank2u, MAE & ATM

Klik sini untuk melihat laman ini dalam Bahasa Inggeris.

Pelanggan yang Dihormati,

Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan beroperasi seperti biasa mulai 4 Januari 2021 (Isnin).

Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, kami menggalakkan anda untuk memeriksa baki dan dividen akaun ASB/ASN anda melalui Maybank2u (laman web dan aplikasi), aplikasi MAE yang baharu atau ATM (baki akaun sahaja).

Cara menyemak akaun anda:

1. Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke akaun M2U anda

Langkah 2: Di laman Account, pilih Wealth

Langkah 3: Skrol ke bawah, di bawah My Wealth, klik pada ASNB

 

Langkah 4: Klik pada dana untuk melihat maklumat akaun ASB/ASN anda

2. Melalui aplikasi Maybank2u

Langkah 1: Lancarkan aplikasi M2U dan log masuk

    

Langkah 2: Di laman Account, tekan menu dropdown dan pilih Wealth

Langkah 3: Pilih ASNB Account

 

Langkah 4: Tekan pada dana untuk melihat butiran akaun ASB/ASN anda

3. Melalui aplikasi MAE

 

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE

 

Langkah 2: Pergi ke Maybank2u dan pilih Investment

Langkah 3: Pilih ASNB Account

 

Langkah 4: Tekan pada dana untuk melihat butiran akaun ASB / ASN anda

4. Melalui ATM

Langkah 1: Masukkan kad dan pilih Tabung Haji (TH) / ASNB

 

Langkah 2: Pilih ASNB dan Terima

 

Langkah 3: Pilih Pertanyaan Baki, kemudian masukkan kod produk ASNB untuk menyemak baki akaun anda.

Terima kasih dan sentiasa jaga diri.