Back
Apply Now

PEMBIAYAAN HARTANAH

Pembiayaan Hartanah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Dalam Talian/-i

Mohon secara dalam talian sekarang dan dapatkan keputusan permohonan pembiayaan anda dalam tempoh 24 jam.

EN BM

Apakah Pembiayaan Hartanah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Dalam Talian/-i?


Pembiayaan Hartanah Perniagaan PKS Dalam Talian/-i membantu perniagaan perusahaan kecil dan sederhana mendapatkan dana yang diperlukan untuk pembelian hartanah bagi tujuan perniagaan dengan jumlah pembiayaan bermula dari RM100,000.

Mohon dalam talian sekarang dan dapatkan keputusan pantas mengenai pembiayaan anda dalam masa 24 jam!

Kelebihan


Proses Kelulusan Segera

Dapatkan kelulusan dalam tempoh 24 jam*

*Tertakluk kepda Terma & Syarat

Kaedah Permohonan Mudah 

Anda tidak perlu mengunjungi cawangan bank. Semua dokumen dihantar 100% secara dalam talian , tersedia 24/7 dengan dokumen minimum yang diperlukan.

Jumlah Pembiayaan Fleksibel

Dari RM100,000 hingga RM3,000,000 dengan pembayaran balik/bayaran fleksibel sehingga 25 tahun dan kadar pembiayaan yang kompetitif.

Komitmen Awal Lebih Rendah

Kurangkan beban kewangan anda dengan margin pembiayaan lebih tinggi sehingga 95%, termasuk yuran guaman dan yuran-yuran lain.

Maklumat lanjut


Kelayakan

Terbuka kepada semua pelanggan yang memiliki Syarikat Pemilik Tunggal, Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang memenuhi kriteria berikut:

  • Syarikat berdaftar milik warganegara Malaysia
  • Pelanggan sedia ada Maybank PKS Sahaja
  • Beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun minimum dalam perniagaan

Kemudahan pembiayaan

  • Pinjaman Berjangka atau Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i (PBKM-i)
  • Jumlah pembiayaan antara RM100,000 hingga RM3,000,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga maksima 25 tahun
  • Margin pembiayaan sehingga maksima 95% (termasuk 5% untuk MRTA/MRTT, yuran guaman dan yuran penilaian)

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan secara dalam talian

  • Resit tempahan (dokumen yang mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh pembeli untuk mendapatkan hartanah)
  • Geran hartanah (dokumen sah yang menunjukkan maklumat terperinci berkenaan hartanah)
  • Lesen Perdagangan / Perniagaan (bagi perniagaan yang beroperasi di Sabah & Sarawak)

Nilai tawaran Islamik

Pembiayaan patuh syariah berdasarkan prinsip Komoditi Murabahah (kos berserta keuntungan).

Jimat lebih untuk pembiayaan anda Caj keuntungan berdasarkan amaun pembiayaan prinsipal yang tertunggak dan tidak dikompaunkan.

Perlindungan jumlah bayaran melalui Kadar Siling dan Harga Jualan Bank – Had Pembiayaan anda dilindungi sekiranya berlaku kenaikan pada Kadar Pembiayaan Bank (BFR).

Tiada tempoh tertutup, yuran penyelesaian awal  atau penalti bagi penyelesaian awal.

Mulakan langkah pembiayaan hartanah perniagaan anda


Mohon Sekarang

Ingin meneruskan permohonan anda? Klik di bawah untuk meneruskan dan menyemak status permohonan atau menerima tawaran pembiayaan anda secara dalam talian.

TERUSKAN ATAU MENERIMA TAWARAN

Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank/ Maybank Islamic tidak melantik mana-mana pihak ketiga sebagai wakil dalam sebarang permohonan Pembiayaan Digital PKS Maybank. Tiada yuran atau komisyen yang perlu dibayar kepada mana-mana ejen, penasihat dan/atau pekerja Maybank.

Sedia untuk bermula?


You might also need these