Back

Pembaharuan Perkhidmatan Tabung Haji

Klik sini untuk melihat laman ini dalam Bahasa Inggeris.

Pelanggan Maybank yang Dihormati,

Ingin dimaklumkan bahawa kami telah menaik taraf perkhidmatan Tabung Haji di Maybank2u bagi kemudahan anda. Antara pembaharuan dan maklumat lanjut bagi setiap ciri-ciri baharu Tabung Haji adalah:

Bil.

Ciri

Info

1

Papan Pemuka Kekayaan

Akaun Tabung Haji anda telah berpindah dari tab Akaun (Accounts) ke tab Kekayaan (Wealth). Baki akaun TH anda juga kini diambil kira dalam pengiraan aset dan liabiliti anda.

2

Had pindaan (transaction limit)

Tingkatkan had pindaan anda sehingga RM50,000* sehari untuk akaun Tabung Haji sendiri.

*Anda boleh menikmati had pemindaan yang lebih tinggi berdasarkan jumlah aset anda yang dilaburkan dengan bank.

3

Hubung dan putuskan hubungan akaun

Hubungkan akaun TH anda dengan Maybank2u untuk menyemak baki dan butiran akaun anda dan akaun kanak-kanak anda dengan lebih mudah. Anda juga boleh memutuskan hubungan itu melalui M2U.

4

Tambah/Edit/Padam Favourite untuk akaun pihak ketiga

Anda kini boleh menambah akaun Tabung Haji pihak ketiga sebagai favourite dan lakukan pindahan dengan lebih mudah.

5

Semak Baki

Semak baki Tabung Haji anda (Akaun utama dan akaun kanak-kanak) secara terus di papan pemuka Kekayaan (Wealth) anda di M2U.

6

Semak Rekod Transaksi

Semak rekod transaksi akaun Tabung Haji anda sehingga 4 bulan yang lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua perkhidmatan Tabung Haji kami, sila rujuk halaman ini.

*Tertakluk Terma & Syarat

Terima kasih.