Back

Proses Baharu Bagi Penetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Mulai 18 September 2025

EN BM

Pelanggan yang dihormati,

Jika anda mempunyai aplikasi MAE atau menggunakan Maybank2u.com.my, mulai 18 September 2025, anda hanya boleh menetapkan semula kata laluan Maybank2u anda melalui aplikasi MAE. Kemas kini ini merupakan salah satu usaha kami untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda lebih selamat. Ini hanya untuk pengguna Individu/Pemilik Tunggal sahaja, tiada perubahan untuk pengguna akaun M2UBiz dan M2E.

Jika anda tahu kata laluan Maybank2u anda tetapi hanya ingin mengemas kininya, log masuk ke aplikasi MAE dan kemas kini di bahagian Settings > Security > Change Password.

Jika anda seorang pengguna Individu atau Pemilik Tunggal dan terlupa kata laluan Maybank2u anda, anda boleh menetapkannya semula di aplikasi MAE dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Di aplikasi MAE, tekan ‘Forgot Password’ atau ‘Forgot Login Details’ apabila anda berada di halaman log masuk.
  2. Pilih 'Verify Using Secure2u'.
  3. Pilih kaedah untuk mengesahkan akaun anda. Pastikan pilihan ini adalah pilihan sama yang digunakan semasa pendaftaran akaun Maybank2u buat kali pertama anda (kad debit, kad kredit, number MAE wallet atau number akses).
  4. Masukkan PIN aplikasi MAE anda (nombor PIN 6-digit yang anda gunakan untuk membuka kunci aplikasi MAE).
  5. Buat pengesahan diri dengan mengimbas Kad Pengenalan/Pasport dan mengambil swafoto menggunakan kamera anda.
  6. Nama pengguna anda akan dipaparkan, sila semak dan sahkan sebelum ke langkah seterusnya.
  7. Sila masukkan kata laluan baharu anda dan sahkannya melalui Secure2u.
  8. Kata laluan anda telah berjaya ditetapkan semula! Sila ambil perhatian, sebagai langkah keselamatan, anda hanya boleh menetapkan semula kata laluan anda sekali setiap 24 jam.

Jika anda tidak dapat log masuk ke akaun Maybank2u kerana kehilangan peranti yang telah dipautkan dengan Secure2u, terlupa PIN MAE, gagal membuat pengesahan diri atau tidak dapat mengikut langkah di atas, anda boleh mengikuti langkah di bawah.

  1. Sila tetapkan PIN M2U sementara melalui ATM Maybank atau cawangan Maybank terdekat anda.
  2. Tekan ‘Forgot Password’ atau ‘Forgot Login Details’ apabila anda melihat skrin log masuk.
  3. Pilih ‘Verify using temporary M2U PIN’.
  4. Pilih kaedah untuk mengesahkan akaun anda. Pastikan pilihan ini adalah pilihan sama yang digunakan semasa pendaftaran akaun Maybank2u buat kali pertama anda (kad debit, kad kredit, number MAE wallet atau number akses).
  5. Masukkan PIN M2U sementara anda.
  6. Nama pengguna anda akan dipaparkan, sila semak dan sahkan ia betul sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.
  7. Masukkan kata laluan baharu anda dan kata laluan anda telah berjaya ditetapkan semula! Sila ambil perhatian bahawa, sebagai langkah keselamatan, anda hanya boleh menetapkan semula kata laluan anda sekali setiap 24 jam.

Nota penting untuk menetapkan PIN M2U sementara

  • Untuk menetapkan PIN M2U sementara anda, pergi ke ATM Maybank terdekat anda, masukkan kad debit atau kredit yang digunakan untuk pendaftaran akaun Maybank2u buat kali pertama, kemudian masukkan PIN kad 6-digit anda.
  • Jika anda tidak mempunyai kad, anda boleh mendapatkan Nombor Akses dan menetapkan PIN sementara dengan melawati cawangan Maybank terdekat anda, dan dapatkan bantuan daripada kakitangan cawangan kami.
  • Sila ambil perhatian bahawa PIN M2U sementara anda hanya sah selama 48 jam.

Sila ambil maklum bahawa akaun Maybank2u anda akan disekat selama 24 jam selepas 3 percubaan pengesahan gagal.  

Jika anda masih belum memuat turun aplikasi MAE, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Baca Soalan Lazim di sini.