Back

Proses pendaftaran akaun Maybank2u baharu mulai 5 Januari 2026

EN BM

Pelanggan yang dihormati,

Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Maybank tetapi belum membuat akaun Maybank2u, sila ambil maklum bahawa mulai 5 Januari 2026, pendaftaran akaun Maybank2u hanya boleh dibuat melalui aplikasi MAE. Kemas kini ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat untuk anda.

Anda boleh mendaftar untuk akaun Maybank2u baharu dengan mengikuti langkah-langkah di bawah (hanya untuk pengguna Individu/Pemilik Tunggal).

  1. Sila tetapkan PIN M2U sementara melalui ATM Maybank atau cawangan Maybank terdekat anda.
  2. Buka aplikasi MAE dan tekan 'Register for M2U Online Banking Access’.
  3. Masukkan nombor kad debit atau kredit, atau nombor akses anda. Sila pastikan bahawa ini adalah pilihan yang sama yang digunakan untuk menetapkan PIN M2U 6-digit sementara di ATM atau cawangan Maybank.
  4. Masukkan PIN M2U sementara anda.
  5. Buat nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda, kemudian masukkan e-mel anda.
  6. Buat Imej, Frasa dan Soalan Keselamatan anda. Ini penting untuk membantu memastikan akaun anda selamat.
  7. Setelah anda membuat ID Maybank2u anda, tekan ‘Activate Secure2u‘.
  8. Tekan 'Activate Now' dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan pengaktifan Secure2u anda.

Secure2u ialah cara yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan transaksi Maybank2u dan MAE anda, menggunakan Pengesahan Selamat (One-tap Approval). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Nota penting untuk mendapatkan PIN M2U sementara:

  • PIN M2U sementara boleh diperolehi dengan memasukkan kad debit atau kredit, anda dan memasukkan PIN 6-digit kad anda di ATM Maybank terdekat anda.
  • Jika anda tidak mempunyai kad, anda boleh mendapatkan Nombor Akses dan tetapkan PIN sementara dengan melawat cawangan Maybank terdekat anda, dan dapatkan bantuan daripada kakitangan cawangan kami.
  • Sila ambil perhatian bahawa PIN M2U sementara anda hanya sah selama 48 jam.

Untuk sebarang soalan lain, sila lihat dokumen Soalan Lazim di sini.

Jika anda masih belum memuat turun aplikasi MAE, sila klik di sini untuk maklumat lanjut.