Pembayaran Dalam Talian Melalui Maybank2u.com
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Maybank hari ini menandatangani perjanjian untuk perkhidmatan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui saluran perbankan internet Maybank, Maybank2u.com.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Khidmat Kewangan Runcit, Encik Johar Che Mat dan Encik Zulkifly Sulaiman, Naib Presiden Kanan, Khidmat Kewangan Runcit menandatangani bagi pihak Maybank. PTPTN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Abdul Wahab Abdul Aziz dan Pengurus Kanan, Encik Wan Ahmad. Upacara menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Pengerusi PTPTN.
Di upacara tersebut, Encik Johar Che Mat mengatakan bahawa Maybank berbesar hati kerana berpeluang menjalinkan kerjasama dengan PTPTN di mana secara tidak langsung Maybank boleh memainkan peranan kecil dalam memastikan kesinambungan bantuan kewangan oleh PTPTN kepada para pelajar yang layak.
"Jika sebelum ini, bayaran balik pinjaman PTPTN oleh pelajar yang telah tamat dan sudah bekerja hanya boleh dibuat melalui kaunter PTPTN, kini ianya boleh dilakukan dengan mudah dan cepat dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa".
"Harapan kami, dengan tersedianya perkhidmatan sebegini melalui Maybank2u.com, lebih banyak pembayaran dapat diterima oleh pihak PTPTN yang mana sumbangan kewangan boleh terus disalurkan kepada mereka yang lain pula yang memerlukan," sambungnya lagi.
Setakat ini, terdapat hampir 400 syarikat, organisasi, badan dan agensi kerajaan yang menjalinkan kerjasama dengan Maybank sebagai agen kutipan mereka melalui saluran perbankan internetnya, Maybank2u.com.
Next steps
Call us
Got a question? Call our Customer Care hotline at1300 88 6688, any time,
any day
Next steps
Call us
Got a question? Call our Customer Care hotline at1300 88 6688, any time,
any day
Please fill in the following details and we will be in touch to assist you with your application.
Need assistance?
Click here or contact Maybank Group Customer Care at 1300 88 6688 or +603 7844 3696 any time, any day
Security alert!
Don't be a victim of email or SMS fraud! Reach our internet banking fraud hotline at +603-5891 4744













